Dalam cara kerja pengurusan kelab dan persatuan yang sentiasa bertambah ahli, hari-hari menguruskan maklumat ahli melalui Microsoft Excel yang susah boleh dimudahkan dengan sistem online yang senang digunakan. Kami dengan bangganya melancarkan keahlian.online, satu sistem keahlian revolusioner yang direka untuk memudahkan proses untuk persatuan dan kelab. Apa yang lebih menarik? Kami menawarkan sistem ini secara PERCUMA kepada organisasi yang menginginkan sistem pengurusan ahli yang lancar.
Cara menggunakan sistem keahlian.online
Lawati laman web kami
Pergi ke laman web kami di www.apruf.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri dan faedah sistem keahlian kami.
Daftar pada sistem keahlian PERCUMA untuk organisasi anda
Jangan lepaskan tawaran terhad kami – daftar untuk keahlian PERCUMA untuk persatuan atau kelab anda. Proses mendaftar yang mesra pengguna memastikan permulaan yang lancar dengan keahlian.online
Sesuaikan sistem dengan kelab/persatuan anda
Setelah mendaftar, teroka ciri-ciri dan sesuaikan sistem untuk memenuhi keperluan unik organisasi anda. Nikmati fleksibiliti sistem pengurusan keahlian moden yang disesuaikan mengikut spesifikasi anda.
Daftarkan ahli secara online
Sudah boleh mendaftar ahli anda dengan pendaftaran cepat dan mudah secara online. Hanya dengan beberapa klik, mereka boleh menjadi sebahagian daripada organisasi anda dan menerima kad keahlian maya mereka.
Siap untuk digunakan oleh organisasi anda!
Keahlian.online oleh Apruf bukan hanya sistem keahlian, adalah perubahan masa depan pengurusan ahli yang efisien dan selamat untuk persatuan dan kelab di universiti. Manfaatkan peluang untuk bertukar dari lembaran Excel manual kepada sistem yang mudah diurus, maya, dan boleh disesuaikan. Dapatkan sistem keahlian PERCUMA anda sekarang dan tingkatkan pengurusan persatuan atau kelab anda dengan keahlian.online